Thursday, 8 September 2016

Welcome to PTSB

                                                       
   Assalamualaikum..okay ni first time aku buat blog tentang PTSB. Haaaaa hampa nak tau tak PTSB tu apa???? Haaaaa kalau taktau mai sini aku nak story kat hampa semua. PTSB ni singkatan dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Politeknik ni bertempat di Kulim, Kedah. Hampa nak tau tak Kulim tuuu dekat mana?? Okay Kulim tu dekat Malaysia laaaa...huhuhu.

  Okay hampa jangan duk tanya bukan-bukan pasal politeknik ni secara details nahhh..satgi duk tanya keluasan politeknik ni laaa apa laaaa aku tarik hidung satgi. Mai sini aku nak bagitau hampa macam mana aku boleh sambung belajar kat sini. Dulu aku sekolah biasa- biasa jaa. Aku bukan dari aliran sains tulin mahupun akaun. Aku ni dari aliran MPV ermmm elektrik laaa senang cerita. Waktu sebelum dapat result SPM yang biasa-biasa tuuu aku apply laaa ILP, KKTM, IKTBN sebab aku ni aliran elektrik so aku nak sambung laa bidang elektrk tu sebab cikgu aku kata dulu, aliran elektrik ni senang dapat kerja. tapi bila keluar keputusan Upu aku dapat Politeknik bhaiii..nak kata apa lagi aku pun terima jaa tawaran tu. Haaaaa hampa nak tau dak aku dapat kos apa?? Diploma Kejuruteraan Mekatronik tu laa kos aku. Tapi aku dari jabatan mekanikal. 

  12 June 2016 tarikh keramat aku daftar dekat Politeknik. Lepas daftar aku terus check in bilik. Aku dapat roomate Sabah derrrrr. huhuhu. Ermm kamsis kat sini okay jugak aku rasa. Cuma undang-undang kat sini agak ketat. Tapi sokay bila hmpa ikut flow depa kat sini kehidupan hampa akan lebih bahagia acewahhhh HAHAHAHA. 

  Okay, aku nak bagitau tentang yuran. Yurannya tak mahal. Memang murah. hampa nak tau berapa?? jeng jeng jeng yurannya sebanyak RM 850 sahaja. tapi hampa jangan risau sebab RM 850 ni waktu pertama kali daftar jaa..lepastu bila semester dua hampa just kena bayar RM 250 untuk satu semester. yang RM 850 tu sebab RM 600 untuk yuran pelbagai contoh macam ermmmm baju bengkel..apa lagi entah, aku tak ingat huhuhu. lagi RM 250 tu untuk yuran semester hampa. So total semua RM 850. Pastu yang seronoknya bila duk kamsis ni hampa just kena bayar RM 60 jeerrrrrrr untuk satu semester. Murah sangat derrrrr huhuhu. Okay lahh nanti aku story lebih banyak lagi tentang PTSB ni. okay dear kalau tak tahu apa-apa..just leave your comment. Bye uolssss :*



No comments:

Post a Comment